today --



the latest photo of me ~ rindu aku kan ? cakap je la...its okey sayang ! muah2 ♥♥♥

hmm,,hari2 tak sah kalau bangun sebab terkejut ! pagi2 lagi orang dah ketuk pintu bilik nak ambik itu la,ini la,, bilik aku ni bukan je sekadar bilik tahu ! tapi ade la barang kfc sikit2 dalam ni , kalau diikutkan hati , dah lama simpan barang2 ni semua bawak masuk dalam beg , tapi disebabkan aku ni baik hati , tak terlalu mementingkan nafsu serakah ni ! so,aku tengok jelerr sambil leleh2 air liur kunen ! so, bila dah terjaga dalam keadaan terkejut tu , mestilah/haruslah kena berlakon kan , ceyy,buat suara macam dah bangun awal sejak subuh tadi , padahal dalam ni siapa tahu yang aku sebenarnya bangun terkejut ! huuu,,tengah sedap2 mimpi pasal aku jumpa t-ara , dah tetiba terjaga ! SPOIL sungguh !!

harini aku kerja pukul 6 petang ! memang cantik jadual sir bg kat aku ! hari jumaat pukul 4 , hari sabtu pukul 5 , hari ini pulak pukul 6 ! nak main kira2 ke ape, tapi aku bersyukur la,,dapat aku online lama sikit hari ni ! pukul 5 dah kena ready siap2,cukuplah kan , takdek macam haritu,terkejar2 nak masuk kerja, dah masuk kali kedua dah aku rasa aku masuk kerja lewat ! tapi takdelah terlalu lewat ! 5 ke 10 minit tu biasalah kan ! WKWKW..

kfc ada sekotak , tapi tak tahu nak bagi siapa . cadang nak bg adik ,  tapi aku malas lah pulak nak naik bus , confem punyalah kena naik bus ! sebab kereta mak aku kan terbabas harituu . so confem2 lah naik bus , haaaa,,,gambar kat atas tu rasanya , eh nonono,, memang ! gamba tu la aku tangkap time kereta mak terbabas tu , tapi tolong lah jg nak kata sebab gambar ni tuah tidak menyebelahi mak aku yaa...aku kentut kat muka hangpa sat gi ! nak, ? kentut aku wangi tau ! selena gomez penah cium ! dia kate ,uhmmm,,,''what type of perfume you use ah ?'' see ! kentut aku pun dia kata wangi mengalahkan perfume ! selena gomez gilaa..*BHAHAHA..

Handphone dah dua minggu tak berisi kredit ! ada duit , tapi rasa macam membair pulak nak topup ! tak tahu lah apa dah jadi dengan aku ! selewenn agaknya..so,biar jelah org bg mesej kat aku tanpa dibalas satu ayat pun , tapi kalau mesej tu benar2 emergency acano ? baru nyesal kot aku agaknya ! padan mukoo !


i have already print out this photo !

nak gunting gambar ni santek2,nak letak dalam frame , show off sikit gamba teman2 aku kat hostel ni kat semua org kan,kot2  ada yang berminat ? sorry ah, semuanya sudah berpunya .. termasuk aku ! haha''bila tengok gamba ni rindu terubat seketika , walaupun hanya atas sekeping photo film . tengok gambar ni teringat kenangan bersama2 mereka time di hostel dulu , walaupun aku tak rapat sgt dengan segelintir budak2 lelaki kat atas tu , tapi kadang2 mereka ada jugak datang kat aku suruh jd org tengah antara si polan dengan si polan ni ~ dah berapa ramai dah aku jadi org tengah ! rahsia antara diorang semua aku tahu ! berani la buat jahat dengan aku ! haaaa,*gelak jahat ! sanggup tempah oo sebelum tidur nak duduk baring sebelah aku semata2 nak cerita pasal awek dia kat aku ,! macam2 diorang ni ! penah kawan aku tanya''kamu tak runsing ke diorang datang sebelah kamu cerita macam2 pasal awek dia kat kamu''heee,,kalau aku runsing katanya ...ntah la,,tak ada rasa runsing pun , memang jenis aku suka tolong2 org terutamanya bab2 cinta ni ,bestt ! dapat tahu sikit2 rahsia percintaan diorang !! kalau diorang clashh pun aku akan tanya kedua2 belah pihak ni kenapa kenapa kenapa ! sebab aku sellu bersama pasangan tersebut kan, so tetiba clash ! urgghh,tension ! penat aku membahagiakan diorang ! putus pulak dah ! tapke,,ada spare yang lain !

tapi,itulah aku dahulu semasa di asrama !!

sekarang tidak lagi !mungkin di universiti pulak , ceyy,,tersebar meluas nampak kerja sambilan aku ni ! gila betul !! tapi kalau dosa , adakah aku ikut berdosa sama ? harap2 tak lah kan...aduh2,,dosadosadosa !! ish3//by the way , berkawan jangan lah sementara tengah susah je, kawan lah sampai akhirat , sampai masuk ke syurga , jenis aku ,! pantang kawan dengan aku time ditimpa kesusahan ! nyampah aku ! ceyyy,,datang kat aku merayu suruh mintak maap ler ape ntah kat awek dia , lepas tu awek dia dah maapkan ! amboii,tegur aku pun tak dah ! haa,jenis manusia cenggini jgn dibuat teman,jgn dibuat kawan ! pergi kau jauh2 , jgn harap lerr aku nak tolong kau walaupun kudrat ni masih kuat ! piiirahhh !

tetapi , bila kenang balik semua tu ! haishh,tak matang sungguh kan !! gelak sorang2 bila teringat !! itulah masa muda . nak seronokkk je, itulah zaman sekolah ! nak bercinntaaaa aje ,,*tuju kat diri aku !! tapi bagi aku ! dibandingkan sekolah dengan asrama ! aku suka lagi asrama , kalau boleh ,nakduduk asrama tapi tak nak sekolah ! tunggu le aku dah jadi menteri pelajaran malaysia nanti , aku tukar ! semua org tak payah sekolah ! duduk je kat asrma buat hal masing ! mau lingkup malaysia ! haha..hmm,kat asrama ramai kawan , tidur sama2/ramai2,mandi sama2/ramai2 , makan sama2/ramai2 , semuanya sama2/ramai2..nampak kemeriahannya kalau duduk hostel ! memang org cakap macam-macam keburukan hostel ! itu sebab mereka tak rasa lagi kenikmatannya , kalau dah rasa mesti nak lagi ! ihihi.

see ! gila menaip dah ! org takdek pendirian dah , inilah aku ! huh ! bosan tahap gaban , duduk terperap dalam bilik sedar2 dah senja ! itulah aku ! dah macam katak dibawah tempurung ! aku rasa,best lagi agaknya katak duduk dalam tempurung tu walaupun bushuk bau nyiorrr ! udoh le melabon ! seksa aku bacenye nanti ! HUH !  KBYE ''/

bff , bukan my awek hokayy !

''sifat-sifat manusia adalah sama kebiasaan-kebiasaan merekalah yang membezakan mereka''
( KONG FU TSU )

No comments: