; saya ponteng sekolah today !

Photobucket


ello,,saya ponteng sekolah ??? no3..saye malas ! ponteng lah tu kan ! ngokngek laa ! heeee~
ntah,,tak taw la ape yg malas sangat nak datangs ekolah ary ni !! tak de mood !! mesti cikgu dah tulis kat buku kedatangan yang aku ni PONTENG sekolah ! adoooh !
mesti bnyak bab yang tinggal ! tapi tak pe la ! spm thun depan !! ngeh3 !
AGAK KURANG AJAA KAN !! lalalal~bia la !! jahat betol la kamu ary ni !! ntah,aq pon tak taw knape aq jahat sangat ary ni !! agak boring la ary ni !! semalam sekolah aku lawan bola sepak primier dekat skolah MCKK,kuala kangsar ! skolah famous tu !! korang taw ke ape itu primier ?? primier tu sekolah lame !! skolah yg bnyak meninggalkan sejarah !! skolah aq iaitu sekolah menegah kebangsaan iskandar shah ni dah ditubuhkan pada tahun 1947 ! sebelum merdeka tu !! tu lah namenye skolah primier !! bnyak dah tokoh2 negara malaysia sekarang ni adalah sebahagian darypada pelajar skolah iskandar shah ni !! walaupon dekat paret je,,tapi korg jgn pandang rendah lah !! kampong tak kampong , boleh dikatakan semua org kenal skolah kami ! cakap je nama skolah kami,pasti semua org tahu !! cer tanye opah2 korg yg asal dary perak tu,,kenal tak sekolah iskandar shah ?? pasti la diorang kenal ! wohooo~btw,bnyak lagi skolah primier kat perak ni ! antaranya MCKK,KING EDWARD,VICTORIA MARY,CONVENT bnyak lagi lah ! tak ingat la !! search kat google je senang ! kalau korg nak taw senarai sekolah2 kat perak kan korg boleh la klik sini jer..
korang nak  taw tak sejarah sekolah kami ??
cer klik 

jalan punye jalan kan,,ternampak plak cerita pasal hary anugerah skolah kami dulu !!  wahh,,voke gitu ! nak tengok ?? see above !


sek2.jpg

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011 SMK ISKANDAR SHAH


Sabtu, 9 April 2011:   Majlis Hari Anugerah Cemerlang kali ini yang diadakan di Rumah Rehat Cempaka Sari terasa lebih rasmi dari biasa dengan perbarisan hormat oleh anggota-anggota pasukan beruniform dari kalangan warga Iskandar Shah menyambut ketibaan tetamu khas Y. Bhg Dato' Dr Asariah Bt Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Selain Pengetua, Tuan Hj  Hussain bin Puteh, yang menjadi tuan rumah bersama-sama tenaga pengajar Iskandar Shah, turut hadir adalah Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah, Encik Kamal Bin Mansor yang juga mewakili Pengarah Pelajaran Perak; Presiden Iskandarian, Y. Bhg Dato' Ir.Hj Azizuddin Meor Hamzah; YDP PIBG SMK Iskandar Shah, Y. Berusaha Hj Mohamed Idris Bin Ismail; Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt.Mohamad Fakri Bin Che Sulaiman; Pengerusi Biro Pelajaran ISKANDARIAN, Tuan Haji Ishak Bin Yahya dan ahli-ahli Jawatankuasa ISKANDARIAN yang lain. 

Suasana Dewan Rumah Rehat pula terasa seperti dewan besar institusi pengajian tinggi yang sedang mengadakan majlis konvokesyen kerana para penerima-penerima hadiah cemerlang peperiksaan awam (PMR, SPM dan STPM) masing-masing segak dan ceria memakai jubah ala graduan. Keceriaan juga terpancar di muka para penerima hadiah-hadiah bagi peperiksaan dalaman dan hadiah motivasi setiap tingkatan.  Bagi meneruskan usaha meningkatkan kecemerlangan akademik warga Iskandar Shah, tahun ini Jawatankuasa ISKANDARIAN telah dengan sukacitanya meluluskan pemberian hadiah wang kepada pelajar-pelajar yang berjaya.  Yang istimewanya kali ini ialah, majlis ini telah dirasmikan dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Y. Bhg Dato' Dr Asariah yang merupakan salah seorang daripada ramai bekas pelajar Iskandar Shah yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing. 

Berikut adalah senarai penuh penerima hadiah cemerlang bagi peperiksaan awam.  Penerima hadiah ISKANDARIAN ditandai dengan tulisan kasar:

Penilaian Menengah Rendah - Penerima Anugerah Presiden
  1. Adiba Husna Binti Lokman Hakim (8A) - RM250
  2. Megat ahmad Haziiq Bin Megat Sa'dan (8A) - RM250
  3. Muhamad Zulfakhri Adli Bin Sharul Faizal (8A) - RM250
  4. Nazurah Binti  Mustafa (8A) - RM 250
  5. Noor Hazwana Binti Noor Hazani (8A) - RM250
  6. Nor Atiqah Binti Fadzil Shah (8A) - RM250
  7. Shaikh Muhammad Mubin Bin Shaik Ahmad Fadzil (8A) -RM250
  8. Haravind Sharma A/L Morgan (7A) - RM150
  9. Saravin A/L Vadivelu (7A) - RM150
  10. Fatin Natazya Bt Suhaimi (7A, 1B) - RM150
  11. Muhammad Fadli B Mohd Sepian (7A, 1B) -RM150
  12. Norazlin Nafisah Bt Suhaimi (7A, 1B) - RM150
  13. Nur Illia Shuhadah Idza Bt Idris (7A, 1B) - RM 150
  14. Nur Shahirah Bt Emran Rusli (7A, 1B) - RM150
Sijil Pelajaran Malaysia- Anugerah Shaidali
  1. Chong Yi Xuan (9A, 1B) - RM300
  2. Nivetha A/P Kanappan (6A, 4B) - RM200
  3. Kavitha A/P See Raman (6A, 4B) - RM100
  4. Ng Jia Bao (5A, 4B. 1D)
  5. Syahrul Fahimi Bin Ashaari (5A, 1C, 2D, 1E)
  6. Barathy A/P Chandrasegaran (5A, 3B, 1C)
  7. Muhammad Firdaus bin Hamdan (4A, 5B)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia-Anugerah Tun Hamdan
  1. Azzira Shakilla Bt Zubir (Kem.: 3.34; 5P) - RM350
  2. Nur Zafirah Bt Che Halim (Kem.: 3.25, 5P) - RM250
  3. Nurul Husna Nabila Bt Shamsudin (Kem.: 3.17, 5P) - RM150
  4. Fatin 'Aqilah Bt Anas (Kem.: 3.17, 5P)
  5. Noor Afiq B. Abd Majid (Kem.: 3.17, 5P)
  6. Norhidayah Bt Zainal Abidin (Kem.: 3.17, 4P)
  7. Fairus Fadhilah Bt M.Hamidi (Kem.: 3.09, 4P)
  8. Masatirah Bt Nazmi (Kem.; 3.0, 4P)
  9. Muhammad Tamliqa B Norazman (Sains: 2.5, 4P)
ISKANDARIAN mengucapkan SYABAS dan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua penerima anugerah.  Semoga kejayaan ini dapat menyemarakkan semangat anda dan juga warga Iskandar Shah lain untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar lagi di masa hadapan seperti yang disarankan oleh Y. Bhg Dato' Dr Asariah.  Terima kasih Y. Bhg Dato' Asariah kerana sudi menerima jemputan kami untuk menjayakan program yang penuh bermakna ini.  Kepada tenaga pengajar Iskandar Shah, terima kasih atas segala jasa dan bimbingan untuk memastikan anak bangsa kita sentiasa berusaha untuk menjayakan diri mereka. Kepada mereka yang menjayakan majlis tersebut, termasuk pelajar-pelajar yang telah membuat persembahan nyanyian dan tarian yang menyerikan lagi menghiburkan hati hadirin, syabas dan terima kasih!

Salam Hormat,
Tuan Hj Ishak Yahya
Pengerusi, Biro Pelajaran ISKANDARIAN
dah bace ??? aq tak tersenarai pon kat pelajar cemerlang tu !! aq tak pandai sangat ! hoho~ aq wat persembahan je !! lalalala~
pink woo ~
pelajar cemerlang~
dah la tu ! bnyak nye !
so,,kalau korg nak taw lagi,korg search jela kat google yehh !!
wssalam~

No comments: