tips menjaga laptot or netbook kita


Sekarang kebanyakan orang dah memiliki laptop, notebook atau netbook.Tak kisahla mana satu semua pun dalam kategori mudah alih. Laptop ni merupakan alat penting juga la untuk memudahkan segala kerja. Kalau dulu ada desktop tak boleh bawa kemana-mana, sekarang boleh kehulu ke hilir dengan laptop.Walaupun dah ada ipad atau smartphone namun fungsi laptop masih advanced. Tapi adakah kita ambil berat tentang kesihatan laptop kita tu. Kalau manusia boleh sakit sebab tak menjaga kesihatan, laptop juga sama. Laptop ni lain sikit berbanding desktop yang besar, tiada masalah dari segi pemanasan ataupun terpijak sebab ianya besar, tapi laptop apatah lagi sekarang ni Netbook lagi kecil dan lagi perlu penjagaan yang baik untuk memanjangkan jangkahayat.ok,mai kite tengok tips2nye meh..
ambil perhatian taw tentang masalah ni semua
1. Penjagan asas - jangan la makan-minum atau letak laptop dekat sumber-sumber air. Walaupun tiada kaitan tapi kalau tertumpah atas laptop nangis juga la nak repair balik.
2. Elakkan juga buat kerja atas lantai bukan apa takut terpijak laptop tu...kalau netbook lagi kecik lagi la tak perasan ada kat lantai. Iangatkan kain lap kaki:)
3. Sebolehnya guna tempat yang rata  untuk letak laptop bagi elakkan kemalangan.
4. Jangan la letak atas tilamn atau bantal. Sebab tilam tu mungkin banyak habuk dan satu lagi bila laptop tenggelam dalam tilam tu boleh menghalang laluan udara menyebabkan laptop mudah panas.
5. Musuh laptop atau netbook adalah habuk. Make sure elakkan dari tempat berhabuk dan kalau berhabuk selalu la cuci dengan soft clothes yang khas tambah-tambah lagi kat screen tu.
6. Paling penting sekali elakkan laptop terjatuh, sebab komponen dia sensitif sangat.
7. Elakkan simpan laptop atau netbook dalam tempat panas macam kat dalam kereta. Satu lagi bahaya letak dalam kereta ni takut pencuri nampak. Kalau nak letak juga masa ada pemandu elakkan menonjol sangat laptop tu. Jangan la tunjuk beg tu ada brand laptop guna jer beg biasa supaya orang tak perasan ada laptop. Kalau terpaksa letak juga, cover sikit dengan kain.
8. Rajin-rajin la ambil berus gigi lama tu cuci kat bahagian lubang udara, dan kat port USB tu.
9. Janganla letakkan benda-benda berat atas laptop cam letak buku yang tebal atas tu. Takut screen tertekan dan rosak.
10. Beli la cooling pad yang baik sikit dari plastik buatan China tu yang diberi free masa beli.Penggunaan laptop dalam masa yang panjang boleh memudaratkan komponen laptop.Cooling pad menolong mengurangkan tahap kepanasan tambah-tambah lak guna tengok movie.
11. Jangan lupa guna bag atau case kalau usung ke mana-mana sebab takut licin dari tangan mau nangis dibuatnya.
12. Kalau ada power protector lagi bagus boleh elakkan kematian mengejut.
Selain laptop sendiri, bateri juga perlu dijaga supaya bertahan lebih lama. Tips penjagaan bateri laptop dan netbook.
14. Pastikan bateri dicaj sehingga penuh untuk pertama kali guna.
15. Jangan kerap caj bateri yang masih belum habis. Kerap caj bateri menyebabkan bateri tak tahan lama dan tidak dapat simpan power dan Kalau nak guna eletrik buangkan bateri.
16. Kalau tak guna laptop atau notebook atau netbookk dalam tempoh yang panjang, buang bateri dari laptop.
17. Sekarang dah ada teknologi untuk nengesan laptop yang hilang, boleh beli jer alat tu mana tau sebab laptop la benda selalu hilang kalau ada kes pecah rumah atau kereta.Satu lagi kalau ka t tempat awam, make sure lock laptop dengan lock yang dapat free masa beli tu walupun rasa malu sebab orang lain tak buat.Opps,last sebelum lupa, jangan la bagi budak-budak kecik main takut dia buat macam laptop mainan ataupun terdelete fail penting.Aku dah kena huhuhhu:).
Sekian ini saja serba sedikit tips penjagaan laptop, notebook dan netbook. Mungkin ramai tak ambil berat pasal ni sebab sekarang ni benda mudah dapat dan percaya 100% dengan kehebatan brand laptop tu. Ini silap , benda apa pun kalau tak jaga maintenance memang mudah lingkup, tak kira hebat mana brand...so,ambil berat la tentang ini semua eh ! jgn ingkat sangat ! huhu..oke la,,setakat tu jela..babai..

5 comments:

Nurulhuda Zaharni said...

comeinyer blog syafiq.

seyes! suke tengok!

syapik naser said...

haha,terima kasih !!!

fa said...

terima kash utk info tu.. ^^

syapik naser said...

@fasame2 ! jenguk2 la selalu blog syapik taw..terima kaseh lagi sekali eh !

Nurin Aqilah said...

thanks for the information yea . boleh tak saya ambik tips ni then letak dekat blog saya but saya credit . boleh tak ?